Monday, November 28, 2011

Membandingkan dan membezakan bahagian tubuh kura-kura dan arnab.

Borang pengurusan grafik
View more presentations from Goh Hooi Ling
Refleksi :
Saya memaparkan dua gambar haiwan iaitu kura-kura dan arnab kepada murid buat pemerhatian. Berdasarkan 2 gambar tersebut saya menyoalkan perbezaan dan persamaan di antara dua haiwan. Pada mulanya, saya menggunakan soalan yang terus dan senang difahami oleh murid iaitu haiwan yang mana satu mempunyai cengkerang? Haiwan yang manakah mempunyai telinga? Soalan yang ditanya hanya mempunyai satu jawapan sahaja supaya mereka tidak keliru serta menjawabnya dengan tepat. Seterusnya barulah saya mengemukakan soalan yang lebih kompleks, soalan yang kemungkinan mempunyai lebih daripada satu jawapan iaitu apakah persamaan kedua-dua haiwan ini pula? Apakah perbezaan kedua-dua haiwan ini? Dengan ini, saya mendapati kebanyakkan murid-murid dapat menyertai aktiviti pengajaran-pembelajaran dengan baik.

No comments: