Monday, November 28, 2011

Set Induksi

Teliga slide
View more presentations from Goh Hooi Ling
Refleksi :
Dalam aktiviti ini, murid-murid perlu meneka telinga haiwan berdasarkan gambar yang saya pamerkan. Bahan yang saya pamerkan adalah gambar telinga haiwan sahaja, murid-murid dikehendaki meneka apakah haiwan yang mempunyai telinga tersebut. Ramai murid berminat mengangkat tangan untuk memberi jawapan. Seterusnya saya memilih murid-murid untuk memberi jawapan kepada saya. kekuatan dalam aktiviti ini adalah saya dapat menarikan perhatian murid dan juga merangsang perasaan ingin tahu murid terhadap pengajaran hari ini. Saya berasa telah berjaya dalam aktiviti tersebut. Hal ini kerana set induksi sangat penting dalam pengajaran. Jika guru dapat menarik perhatian murid, mereka akan belajar bersungguh-sungguh pada aktiviti yang seterusnya. Sebaliknya jika guru gagal dalam menarik perhatian murid akan menyebabkan murid berasa bosan dan kurang minat terhadap pembelajaran.

No comments: